Fan Hwa adalah seorang jurujual dan Chen Choo pula seorang kerani akaun sebelum menyertai Amway. Kehidupan mereka berubah sejak mereka menjadi Pengedar Amway. Perniagaan Amway telah memberi mereka kebebasan, jaminan kewangan dan peluang untuk memenuhi cita-cita mereka.
Seperti ramai pengedar yang lain, mereka menghadapi cabaran dan halangan ketika membina perniagaan mereka, tetapi mereka tetap tidak berganjak dan mengatasinya. Ini terbukti menjadi pengalaman yang sangat berharga dan ia membuka jalan ke arah pemburuan kejayaan mereka dan melayakkan diri sebagai Pengedar Terus Intan pada Ogos 1996.(07121996NG)











